Rabu, 18 Januari 2012

CANTIKLAH ISLAM

Perhatian: ini adalah surat cinta lelaki Muslim yang benar-benar memegang agamanya di dalam hati.
Ini adalah lelaki Muslim yang dianjurkan untuk dikahwini. Bukan seseorang lelaki yang mahu kita sesat, sesat, dan terus sesat, walaupun tidak berniat sebegitu; meskipun dia tidak berniat, dia terus membuat. Bukan lelaki yang tak sabar untuk bercinta, sehinggakan sanggup melanggar batasan Allah (walaupun terdapat kebaikan dan hikmah dalam larangan tersebut); lelaki yang ketepikan cinta Allah.
Lelaki begitukah yang sanggup anda pilih? Anda sanggup ketepikan iman dan kebaikan, kebahagiaan dan kepastian, untuk kecantikan yang tidak kekal, bahagia yang tidak membawa manfaat, serta tidak memudahkan jalan ke destinasi dan rumah teragung (Jannah/Syurga)? Rumah kita yang sepatutnya untuk selama-lamanya? Betulkah lelaki sebegitu akan membimbing anda, setelah anda berusaha dengan usaha sendiri, ke Jannah? Yakah?
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (Qur’an 24:26)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar